Selasa, 26 Februari 2008

10 Jenis Air Mata

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.


Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan
kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis diwaktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.

Nabi Muhammad SAW Pemimpin Terulung

Nur Islam menerangi alam hasil usaha dan pengorbanan Nabi Muhammad yang melakukan tugas berdakwah dengan penuh kerelaan tanpa menerima sebarang ganjaran bentuk keduniaan. Tanpa diutuskan Rasulullah, manusia dibelenggu kehidupan primitif dari segi akhlak, tingkah laku dan kepercayaan.

Rasulullah diutuskan tepat pada masanya di mana ketika itu peradaban kemanusiaan berada pada tahap paling merosot sepanjang sejarah tamadun manusia. Rasulullah berjaya membina kejayaan yang cemerlang dalam semua aspek. Apa yang dicapai oleh baginda dianggap luar biasa yang tidak mampu dicapai oleh manusia biasa.

Seorang orientalis Barat, Lothrop Stodddard dalam bukunya The New Word of Islam menyatakan bahawa kejayaan umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad tidak pernah dicapai dalam mana-mana peradaban manusia. Rasulullah membawa pakej kehidupan yang lengkap dan sempurna.

Seluruh cerdik pandai, sasterawan, ahli falsafah, ahli agama, ahli pendidik dan ahli politik sepakat menobatkan Nabi Muhammad sebagai pemimpin ulung yang berjaya membentuk masyarakat sempurna dan syumul.

Sekiranya ada individu menidakkan kemampuan atau sengaja mencipta cerita buruk tentang baginda, hal itu tidak berkesan. Seluruh umat Islam bangkit menentangnya. Bahkan, di kalangan bukan Islam turut mempertahankan peribadi mulia Rasulullah.

Baginda membawa pembaharuan nilai hidup kepada manusia sejagat. Dakwah baginda meliputi segenap aspek kehidupan yang diakui seluruh umat manusia. Baginda menjadi ‘uswatun hasanah’ atau contoh terbaik kepada seluruh manusia.

Firman Allah dalam surah al-Qalam, ayat 4 bermaksud: “Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”

Nabi Muhammad bukan saja menjadi penghulu kepada umat baginda, bahkan seluruh umat nabi dan rasul sebelumnya.

Kebenaran dakwah dibawa Nabi Muhammad tidak dapat disangkal sesiapa. Tidak ada hujah untuk menolaknya, kecuali keangkuhan, rasa kepentingan diri dan godaan dunia.

Kejayaan dakwah Rasulullah kerana kekuatan peribadi dan kepimpinan yang terbentuk hasil petunjuk secara langsung daripada Allah. Rasulullah mempunyai peribadi yang sangat mulia. Sebab itu baginda digelar al-amin, yakni lambang kebenaran dan kesempurnaan.

Gelaran al-amin kepada Rasulullah diberikan Musyrikin Makkah sebagai mengakui kemuliaan akhlak baginda. Mereka menolak ajaran dibawakan Rasulullah, tetapi tidak mampu untuk menipu diri sendiri memburuk-burukkan keperibadian Rasulullah.

Sebab itu, Musyrikin Makkah tidak menolak kepimpinan Rasulullah, biarpun tidak menerima agama tauhid. Baginda ditawarkan pangkat, kemewahan dan kekayaan asalkan meninggalkan tugas berdakwah.

Hal ini jelas membuktikan betapa hebatnya peribadi dan kepimpinan Rasulullah. Sebab itu, seluruh pengkaji peradababan bangsa dan kepimpinan tidak menemui individu lain yang lebih hebat daripada kemampuan Rasulullah dalam membentuk masyarakat sempurna meliputi akhlak, pekerti dan cara hidup.

Walaupun baginda dilahirkan sebagai manusia biasa, tetapi martabat baginda amat istimewa. Baginda melalui kehidupan penuh misteri yang dibimbing terus oleh Allah. Sebab itu tidak ada cacat cela pada diri baginda.

Keagungan Nabi Muhammad bukan lahir dari kekuatan bala tentera atau tanah jajahan takluk yang luas. Sebaliknya, keagungan itu dicapai melalui kekuatan pekerti, ajaran yang benar, membawa manusia ke dunia dimensi murni, hidup penuh kesederhanaan dan rahmatan lil alamiin (membawa rahmat ke seluruh alam).

Firman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang yang ingkar). Dan sebagai penyeru (untuk umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufik yang diberi-Nya dan sebagai lampu yang menerangi.” (Surah al-Ahzab: 45-46).

Sesungguhnya manusia tidak mencapai kedudukan tinggi di sisi Allah, selagi dia tidak mengenali dan mencintai Rasulullah. Tidak mungkin seseorang itu dapat mengakui kekuasaan Allah dan menjadi hamba-Nya yang sebenar, tanpa mengakui apa dilakukan Rasulullah. Tanda cinta kepada Allah ialah cinta kepada kekasih-Nya.

Menyatakan kecintaan terhadap Rasulullah dalam bentuk apa sekalipun akan memantapkan keyakinan dan kecintaan kepada baginda. Lanjutan dari itu lahir pula keyakinan terhadap ajaran dibawakan baginda.

Seluruh umat Islam perlu berbangga menjadi umat Nabi Muhammad. Lantas perlulah kita meneruskan kesinambungan perjuangan baginda dalam keadaan apa sekalipun. Baginda amat sayangkan umatnya, dan sewajarnya perkara sama ditunjukkan oleh umat Islam terhadap baginda, biarpun tidak sehebat kasih baginda.

Kasih sayang Rasulullah terhadap umatnya tiada hadnya. Rasulullah menyebarkan kebaikan umat baginda ketika hayat di dunia, dan berterusan di akhirat nanti. Di Padang Mahsyar nanti tiada seorang pun yang boleh membri syafaat kecuali Nabi Muhammad.

Sabda baginda yang bermaksud: “Setiap nabi tu mempunyai satu doa yang dimakbulkan, denganya dia berdoa, aku bermaksud hendak menyimpan doaku itu, yakni untuk diberikan kepada umatku di akhirat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hanya melalui penghayatan terhadap ajaran Islam membawa manusia dalam kehidupan penuh keindahan, keselamatan dan kesejahteraan.

Model Baju Kelawar


Ada gaya tak ? Kalau ada yang berminat nak suruh jadikan model, hubungi admin. Tengkiu