Selasa, 11 Disember 2007

Cerita Bisnes 3

Idea Jutawan #3: Mengajar anak Matematik akhirnya jadi jutawan!+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Nama : Judith Bliss
Warganegara : Amerika Syarikat
Umur : 48 tahun
Idea bodoh : Mereka cipta komputer games yang menolong kanak-kanak belajar Matematik. Idea beliau ialah satu pengembaraan dengan kuiz matematik. Beliau memanggil game tersebut ‘Math Magic”
Modal mula : Tidak diketahui
Bagaimana idea digerakkan : Membuka bisnes sendiri – Mindplay. Menjual Math Magicdan terus merekacipta beberapa komputer games.
Jualan : Menjual disekolah-sekolah – melalui pos!
Pendapatan : $1.4 juta pada tahun pertama.

Judith Bliss berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya suka berjudi dan akhirnya disumbatkan ke penjara kerena merompak, semasa Judith berumur 11 tahun. Ibunya terpaksa mengambil upah membasuh baju dan membuat kerja berat untuk hidup.Judith yang tahu betapa pentingnya pelajaran berjaya mendapat ijazah dalam matematik dan beliau mendapat pekerjaan sebagai komputer programmer. Beliau berkahwin dan mempunyai seorang anak, David. Apabila David berumur 4 tahun segala-galanya berubah.David selalu merungut bahawa beliau merasa bosan disekolah tetapi cikgunya berkata David sengaja tidak mahu belajar. Walaupun begitu, Judith mendapati anaknya suka bermain komputer beliau selama berjam-jam lamanya. Ini memberikan beliau satu idea. Bagaimana jika beliau dapat mencipta satu program, yang mengandingkan satu pengembaraan dengan menjawab soalan-soalan matematik?Satu komputer game yang boleh menjadikan belajar Matematik sesuatu yang menyeronokkan? Jadi, beliau telah mencipta satu program untuk melepaskan satu mahluk yang comel dari penjara seorang nenek kebayan dengan menjawab soalan-soalan Matematik. Kalau tidak mahluk tersebut akan dipenjarakan selamanya.Ianya berjaya! Anaknya, David sangat suka dengan program tersebut dan hanya 3 bulan sahaja keputusan peperiksaannya meningkat. Ini membuat Judith terfikirjika program tersebut boleh menolong anaknya, ianya pasti boleh menolong kanak-kanak yang lain. Oleh itu beliau menubuhkan syarikatnya sendiri dan mencipta program Math Magic!