Isnin, 10 Disember 2007

Cerita Bisnes 2

Idea Jutawan : Pinjaman $20,000 Menjadi Jutaan Dollar? ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Nama : Jonathan ElvidgeWarganegara :
EnglandUmur : 27 tahun apabila beliau membuka The Gadget Shop di Hull, England 1991.
Idea Jutawan : Kedai dipenuhi dengan gadget (perkakas) pelik seperti topengmahluk asing, lampu lava dan googles pandangan malam.
Modal mula : Jonathan membuat sedikit wang dengan menjual rumahnya tetapi beliau memerlukan $20,000. Beliau meminjam dengan bank melalui skim usahawan.Bagaimana idea digerakkan : Menyewa satu unit kedai di pusat membeli belah diHull.
Jualan : Bermula dengan hanya satu kedai di Hull. Menjalin kerjasama dengan Andrew Hobbs, yang membeli separuh asset syarikat beliau. Pada akhir tahun pertama, mereka mempunyai 3 buah kedai. Hari ini, 31 cawangan seluruh England. Produkyang menjadi kegilaan ialah lampu lava.
Pendapatan : Empayar bisnes beliau kini berjumlah lebih $50 juta.Apabila Jonathan Elvidge diberhentikan kerja oleh majikannya disebuah syarikattelefon di Hull, beliau membuat keputusan untuk membuka bisnes sendiri. Kegemaran beliau pada gadget dan rancangan TV the Fall and Rise of Reginald Perrin,memberikan satu idea buat duit kepada beliau. Satu hari beliau hendak membelikankawannya hadiah hari jadi, tetapi kerana kekurangan pilihan membuatkannya nekaduntuk membuka kedai gadgetnya sendiri. Beliau membuat kajian produk dan setelahberjaya meminjam $20,000 daripada bank beliau menyewa sebuah unit kedai dipasarayaHull.Pada hari pertama membuka kedainya, hanya beliau, seorang kawan dan penjaga bayiyang melayan pelanggan. Oleh kerana Jonathan tidak tahu untuk berunding, beliau telah bersetuju untuk menyewa unit kedai tersebut pada harga yang agakmahal $30,000 setahun. Ini menyebabkan beliau hanya dapat pulangan modal walaupunbekerja 60 jam seminggu. Beliau mahu membuka lebih banyak kedai tetapi modalnyatidak cukup.Andrew Hobbs, orang yang bertugas menyewakan unit kedai tersebut mahu menjalinkerjasama. Jonathan bersetuju dan pada akhir tahun pertama mereka telah membukadua buah lagi kedai. Jonathan menghabiskan banyak masanya menjelajah ke pestaperdagangan untuk mencari produk. Jonathan telah bertukar daripada seorang operatormenjadi jutawan dengan nilai asetnya mencecah $50 juta!

Tiada ulasan: